a

Friday, May 25, 2012

Program Usahawan Axtivo + Pembiayaan Mikro 1 Malaysia

Program Usahawan Axtivo + Mikro 1 Malaysia ini baru di lancarkan pada awal tahun 2012.Walaupun masih baru di perkenalkan,namun sambutan orang ramai atas program ini amat menggalakan.Program yang menggabungkan syarikat Axtivo Biotech dan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu(PPPKM)Wilayah Persekutuan ini dengan sokongan bantuan dana daripada Majlis Amanah Rakyaat(MARA)mendapat tindak balas yang memberangsangkan dari orang ramai khususnya Bumiputera. Tujuan utama program ini di lancarkan adalah untuk membantu kaum Bumiputera yang minat berniaga tapi menghadapi kekangan modal dan menjana ekonomi orang Melayu supaya terus berkembang dan mampu berdaya saing dalam arus perdana di Malaysia.Juga program ini mempunyai tumpuan khusus bagi orang Melayu yang mempunyai masalah Cicris dan Ctos juga nama mereka telah di senarai hitamkan oleh pihak bank dan tidak boleh memohon apa-apa bentuk pinjaman lagi.Di sini pihak Axtivo sedia memberi jalan keluar bagi mereka yang terperangkap dalam masalah kewangan.

No comments: